Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk berupa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda 11 negeri termasuk Kuala Lumpur sehingga jam 7 malam.
Setakat jam 4 petang, kawasan di Kedah seperti Baling, Kulim dan Bandar Baharu dijangka akan terjejas oleh cuaca ekstrem ini.
Amaran ini dikeluarkan untuk memastikan orang ramai mengambil tindakan berjaga-jaga dan mengelakkan aktiviti di luar rumah semasa angin dan hujan lebat berlaku.

