Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
bisnes

Citrawarna 2026 lonjak sektor pelancongan budaya

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Harian Metro
9 Julai 2026, 11:38 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Citrawarna 2026, sambutan kebudayaan ikonik negara yang dijadualkan di Dataran Merdeka pada 24 hingga 26 Julai depan, dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan sektor pelancongan budaya melalui peningkatan kehadiran pelawat domestik dan antarabangsa.

Program ini mengangkat tema 'Ritma Warisan, Nadi Nusa dan Bangsa' dan berlangsung sempena kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026).

Acara akan menghimpunkan pelbagai persembahan budaya, seni dan warisan dari seluruh negara untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya bertaraf dunia.