Industri halal Malaysia mencatatkan nilai eksport sebanyak RM68.52 bilion untuk tahun 2025, meningkat 10.9 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Halal Development Corporation Berhad (HDC).
Sumbangan eksport halal kepada keseluruhan nilai eksport negara meningkat kepada 4.3 peratus, menunjukkan pertumbuhan marginal 0.2 peratus dari 2024.
Prestasi memberangsangkan ini didorong oleh permintaan global yang mampan walaupun industri menghadapi cabaran geopolitik dunia yang semakin dinamik dan kompleks.


