Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjangkakan harga minyak sawit mentah akan kekal disokong pada RM4,500 satu tan dalam jangka terdekat didorong ekonomi biodiesel yang lebih kuat dan harga minyak mentah yang lebih tinggi.
Bagaimanapun, kenaikan lanjut dijangka dikekang oleh permintaan eksport yang lemah akibat inflasi dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan di negara pengimport utama.
Peningkatan stok hasil daripada peningkatan pengeluaran semasa musim puncak juga akan mengehadkan kenaikan harga minyak sawit mentah.

