Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
bisnes

Inflasi Malaysia dijangka meningkat sedikit pada 2027 - Apex Securities

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Harian Metro
22 November 2026, 05:09 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Inflasi Malaysia dijangka meningkat secara sederhana kepada 2.0 peratus pada tahun 2027, berbanding anggaran 1.8 peratus pada tahun ini, menurut analisis Apex Securities Bhd yang sejalan dengan ramalan Kementerian Kewangan.

Firma itu mengekalkan unjuran inflasi tahun penuh pada 1.8 peratus untuk 2026 tetapi telah menaikkan andaian harga minyak mentah Brent kepada AS$90 setong bagi 2026 dan 2027, meningkat daripada anggaran sebelumnya iaitu US$85 setong.

Unjuran itu disokong oleh kesinambungan subsidi bahan api yang disasarkan, yang dijangka dapat mengurangkan kesan daripada harga tenaga global yang tinggi terhadap ekonomi Malaysia.