Kerajaan telah memulakan kajian semula tamat tempoh terhadap pengenaan duti antilambakan bagi import gegelung keluli yang dipracat, dicat atau disalut warna dari China dan Vietnam atas permohonan CSC Steel Sdn Bhd yang mewakili industri tempatan.
CSC Steel mendakwa bahawa penamatan duti itu berkemungkinan menyebabkan lambakan dan kemudaratan akan berterusan atau berulang kepada pengeluar tempatan.
Keputusan kerajaan untuk memulakan kajian semula ini selaras dengan Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan peraturannya bagi melindungi kepentingan industri keluli tempatan dari persaingan tidak adil.


