MBSB Bank Berhad memperkukuh tawaran perkhidmatan kewangannya dengan memperluas rangkaian perlindungan takaful am melalui kerjasama dengan Zurich General Takaful Malaysia Berhad.
Kerjasama bankatakaful ini membolehkan pelanggan MBSB Bank mengakses pelbagai produk takaful am termasuk perlindungan kediaman, kemalangan diri, dan perlindungan untuk perniagaan.
Langkah ini menunjukkan komitmen bank dalam menawarkan penyelesaian perlindungan yang patuh syariah dan komprehensif kepada pelanggannya melalui rangkaian cawangan yang ada.


