Menara Merdeka 118 menerima Sijil Perakuan Bomba (FC) yang membuktikan bangunan tersebut memenuhi semua piawaian keselamatan kebakaran dan keselamatan nyawa yang ditetapkan.
Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures, Datuk Izwan Hasli Mohd Ibrahim menyatakan bahawa sijil berkenaan merupakan pencapaian penting dalam pematuhan piawaian keselamatan.
Pengiktirafan ini menunjukkan komitmen penuh dalam memastikan keselamatan pengguna bangunan pencakar langit terdapat di Malaysia.


