Kerajaan Malaysia mungkin perlu mempertimbangkan penyesuaian semula Belanjawan 2026 untuk menampung peningkatan perbelanjaan jika purata harga minyak mentah Brent kekal pada paras AS$105 hingga AS$120 setong secara berterusan, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Isu utama ialah peningkatan kos subsidi, khususnya jika harga minyak mentah kekal tinggi dan kerajaan masih berusaha mengekalkan harga RON95 pada kadar RM1.99 seliter walaupun menghadapi tekanan kewangan.
Dalam keadaan itu, defisit fiskal dijangka meningkat melebihi empat peratus daripada keluaran dalam negara kasar berbanding sasaran 3.5 peratus sebelumnya.

