Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), pengendali jenama kenderaan elektrik Proton e.MAS, memperluas pendekatan mendekati pengguna menerusi kerjasama dengan industri muzik tempatan untuk menghasilkan single terbaharu Oh My Kawan yang menampilkan Sasi The Don dan Datuk Awie.
Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, Salawati Mohd Yusoff, berkata kerjasama ini membuktikan muzik mampu menjadi medium untuk menghubungkan masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Strategi kreatif ini menunjukkan pendekatan inovatif PRO-NET dalam mempromosikan kenderaan elektrik kepada audiens yang lebih luas.


