Hospital yang masih berfungsi di Semenanjung Gaza sedang menghadapi cabaran besar dalam menjalankan perkhidmatan pengimejan perubatan akibat kemusnahan sistem kesihatan semasa perang.
Wilayah berkenaan telah kehilangan 76 peratus daripada peralatan pengimejan perubatan manakala hanya 24 peratus daripada peralatan yang tinggal beroperasi dalam keadaan teknikal yang sukar.
Situasi ini diburukkan lagi oleh peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan berkenaan serta kesukaran untuk menjalankan penyelenggaraan rutin dan mendapatkan alat ganti berkualiti.



