Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
dunia

Bulgari, tokoh barang kemas mewah meninggal dunia

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Berita Harian
22 November 2026, 05:09 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Athens

Paolo Bulgari, tokoh barang kemas Itali terkemuka yang memainkan peranan penting dalam mengembangkan perniagaan keluarganya menjadi jenama mewah bertaraf antarabangsa, meninggal dunia pada usia 89 tahun dan diumumkan oleh keluarganya pada Sabtu.

Lahir di Rom pada 1937, beliau adalah cucu kepada Sotirios Voulgaris, seorang tukang perak berasal dari Greece yang mengasaskan perniagaan barang kemas keluarga itu selepas berhijrah ke Itali.

Keluarganya menghargai sumbangan luar biasa Paolo sebagai tokoh barang kemas terhebat zaman ini serta mengkenang kemanusiaan dan kebijaksanaannya dalam bidang keusahawanan yang telah membantu memperkukuh warisan jenama Bulgari.