Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang buruan warga Australia yang bersembunyi di dalam tandas sebuah jet peribadi saat pesawat itu hendak berlepas dari Bali pada 6 Jun lalu.
Pegawai imigresen mula curiga apabila mengesan lelaki yang menggunakan pasport Brazil tetapi tidak mempunyai rekod kemasukan ke Indonesia atau permit kediaman sah.
Lelaki tersebut ditangkap selepas juruterbang diarahkan berpatah balik dari landasan ke Terminal VIP Lapangan Terbang Denpasar untuk operasi pencegatan.



