Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) telah menyalurkan 171 tan barangan bantuan asas kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) melalui pengiriman lima trak pertama dari gudang ICRC di Jordan.
Kargo ini merupakan kumpulan pertama bantuan ICRC ke Iran sejak pencerobohan Amerika Syarikat-Israel dan antara penghantaran bantuan kemanusiaan rentas sempadan terawal dalam tempoh enam minggu terakhir.
Keseluruhan 14 trak akan dihantar membawa barangan untuk memenuhi keperluan hampir 25,000 penduduk yang memerlukan bantuan.



