Iran dan Amerika Syarikat telah bersetuju mengenai teks perjanjian untuk menamatkan permusuhan antara kedua-dua negara, menurut Pakistan yang bertindak sebagai orang tengah dalam krisis ini.
Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif menyatakan bahawa terdapat percubaan untuk mensabotaj usaha pengantaraan yang intensif sedang dijalankan Pakistan untuk meredakan perang di Asia Barat.
Beliau mendedahkan mengenai kempen maklumat salah yang berterusan yang digerakkan oleh pihak yang ingin mensabotaj perjanjian damai berkenaan.



