Pihak berkuasa Perancis sedang berusaha mengawal kebakaran hutan besar yang berlaku di Hutan Fontainebleau, selatan Paris, memasuki hari kedua, dengan Menteri Dalam Negeri Laurent Nunez mengesyaki kebakaran itu mungkin berpunca daripada perbuatan khianat.
Kebakaran yang disifatkan ganas telah memusnahkan kira-kira 800 hektar kawasan hutan dan menyebabkan beberapa lebuh raya utama ditutup, manakala siasatan awal mendapati terdapat kira-kira 10 titik permulaan kebakaran dalam lingkungan satu kilometer.
Terdapat kuat syak bahawa kebakaran tersebut mungkin telah sengaja dicetuskan oleh individu tertentu.



