Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
asia

Kes remaja diperkosa 27 lelaki, Majlis Ulama Indonesia gesa pemerintah Sampang laksana 'peraturan jam malam'

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Harian Metro
14 Julai 2026, 06:16 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Sampang

Majlis Ulama Indonesia (MUI) Kabupaten Sampang, Madura menggesa pemerintah daerah melaksanakan peraturan jam malam kepada remaja dan kanak-kanak susulan kes remaja perempuan berusia 15 tahun dirogol 27 lelaki yang menggemparkan daerah tersebut.

Pengerusi Suruhanjaya Pemerkasaan Wanita, Keluarga dan Remaja MUI Sampang, Anik Amanillah berkata langkah pencegahan perlu dilaksanakan segera untuk mengelakkan kejadian sama berulang di masa depan.

Undang-undang sedia ada dilihat gagal memberi kesan pencegahan terhadap pelaku jenayah seksual, khususnya yang membabitkan kanak-kanak dan remaja dalam komuniti tersebut.