Korea Selatan akan melarang aktiviti menimbun bahan mentah petrokimia utama mulai Rabu susulan perang Iran yang meningkatkan risiko gangguan bekalan, mengikut kenyataan Kementerian Industri dan Kewangan.
Larangan ini akan dikeluarkan dan dikuatkuasakan mulai tengah malam untuk mengatasi masalah penimbunan yang berpunca dari ketegangan Asia Barat.
Gangguan bekalan sudah mula melanda pasaran petrokimia dengan kenaikan harga nafta yang mendorong kos lebih tinggi dan meningkatkan kebimbingan mengenai penimbunan bahan mentah.



