Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) mengutuk keras pengenalan 'Garisan Jingga' di Semenanjung Gaza yang dilihat sebagai kesinambungan tragedi Nakba moden yang dilakukan oleh tentera Israel.
Sempadan baharu ini dilaporkan diwujudkan secara sepihak oleh tentera pendudukan Israel dengan alasan pelarasan logistik, tetapi dikesan telah menceroboh masuk ke dalam Garisan Kuning yang merupakan zon selamat berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
MAHAR menyatakan kemarahan mendalam kerana Israel dikesan mempercepat rancangan pembersihan etnik dan perampasan geografi di Gaza semasa rakyat Palestin memperingati ulang tahun tragedi Nakba ke-78.


