Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengulangi gesuan berhubung kebebasan pelayaran di Selat Hormuz susulan laporan bahawa Amerika Syarikat merancang mengenakan caj bayaran 20 peratus ke atas kapal yang melalui laluan perairan tersebut.
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres telah menyatakan bahawa pendiriannya konsisten mengenai isu ini melalui jurucakap Stephane Dujarric dalam sidang media.
Persoalan ini timbul di tengah-tengah ketegangan berterusan antara Amerika Syarikat dan Iran yang saling berbalas serangan pada hujung minggu.


