Pemain bola sepak Palestin berusia 17 tahun bernama Fadi Hamdallah al-Nassan telah meninggal dunia pada Sabtu, seminggu selepas ditembak semasa serangan peneroka haram Yahudi di Tebing Barat yang diduduki.
Nassan adalah pemain Kelab Al-Mughayyir dan anggota skuad remaja kebangsaan Palestin yang dikenai tembakan pada 11 Julai ketika peneroka menyerang kampung berkenaan.
Persatuan Bola Sepak Palestin menuduh tentera Israel menembak Nassan, menjadikan peristiwa ini sebagai satu lagi tragedi yang menimpa rakyat Palestin.



