Seorang rakyat Malaysia disahkan sebagai salah seorang daripada lapan mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter Airbus H130 yang terhempas di Kalimantan Barat pada hari Khamis.
Warga Malaysia itu adalah seorang daripada enam penumpang pesawat malang berkenaan, manakala helikopter juga membawa dua kru iaitu seorang juruterbang dan seorang juruteknik.
Timbalan Operasi dan Kesiapsiagaan Badan Nasional Mencari dan Menyelamat (Basarnas), Edy Prakoso mengesahkan kematian warganegara asing dari Malaysia tersebut kepada media.



