Seorang gadis bernama Yuanyuan memilih turun bekerja di tapak pembinaan bersama ibunya untuk mengumpul wang menampung yuran pengajian berbeza daripada kebanyakan lepasan sekolah menengah di China yang memilih melancong selepas peperiksaan gaokao pada Jun.
Yuanyuan tidak menghiraukan kesukaran apabila membantu ibunya bekerja sebagai buruh di sebuah tapak pembinaan di wilayah Guangzhou sejak akhir Jun lalu sambil memikul puluhan bata di belakangnya.
Dedikasi gadis ini terhadap impian melanjutkan pengajian ke universiti menunjukkan tekad yang kuat untuk memperolehi pendidikan melalui pengorbanan dan kerja keras bersama keluarganya.


