Teheran menyatakan bahawa Selat Hormuz tidak akan dibuka semula sehingga Amerika Syarikat mencabut sekatan lautnya ke atas pelabuhan Iran sebagai syarat untuk meneruskan rundingan damai.
Speaker Parlimen Iran Mohammad Bagher Ghalibaf mengumumkan bahawa walaupun terdapat kemajuan dalam rundingan dengan Washington tetapi masih terdapat banyak jurang dan beberapa perkara asas belum diselesaikan antara kedua-dua negara.
Seorang pegawai kanan Iran memberikan amaran bahawa perjanjian damai muktamad masih jauh untuk dicapai dan memerlukan kompromi yang lebih besar.



