Kamera berkuasa kecerdasan buatan (AI) telah dipasang di jambatan merentasi Sungai Han di Seoul untuk membantu mengesan individu yang dipercayai mahu membunuh diri.
Teknologi ini membolehkan pasukan penyelamat bertindak pantas untuk mengelakkan tragedi dan menyelamatkan nyawa.
Langkah ini diambil kerana Sungai Han sering menjadi lokasi cubaan bunuh diri di Korea Selatan yang mencatat antara kadar bunuh diri tertinggi di dunia.


