Taufan Bavi telah diturunkan taraf kepada ribut tropika kuat pada Ahad selepas membadai timur China, mengakibatkan pihak berkuasa terpaksa memindahkan hampir dua juta penduduk yang berada di laluan bencana tersebut.
Setakat ini, tiada laporan segera mengenai sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan telah diterima daripada kawasan yang terlibat.
Sebelum melanda China, ribut itu telah membadai utara Taiwan dan kepulauan terpencil di barat daya Jepun, menyebabkan pokok-pokok tumbang dan memutuskan bekalan elektrik kepada puluhan ribu penduduk.



