Tentera Israel sedang membuat persiapan untuk berundur dari beberapa kawasan di selatan Lubnan dalam tempoh beberapa hari berdasarkan perjanjian rangka kerja yang ditaja Amerika Syarikat.
Penyiar awam Israel, KAN melaporkan bahawa pengunduran tentera Israel akan dilakukan serentak dengan sesi rundingan antara pihak Lubnan dan Israel di Rom.
Perjanjian yang ditandatangani pada 26 Jun lalu memperuntukkan pengunduran berperingkat tentera Israel dari semua wilayah Lubnan yang diduduki, bermula dengan dua kawasan awal yang tidak dinyatakan dalam butir perjanjian tersebut.



