Kadar inflasi Malaysia pada Mac 2026 meningkat sebanyak 1.7 peratus berbanding tahun sebelumnya, dengan mata indeks Harga Pengguna melonjak kepada 136.4 daripada 134.1.
Peningkatan kadar dipacu terutamanya oleh sektor pengangkutan yang mencatatkan kenaikan 1.6 peratus setelah sebelumnya menurun 0.7 peratus.
Ketua Perangkawan Malaysia menjelaskan perubahan ketara dalam kumpulan pengangkutan didorong oleh impak krisis tenaga global yang bermula sejak penghujung Februari.


