Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
ekonomi

Konflik Asia Barat ancam sektor pengguna

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Utusan Malaysia
15 April 2026, 06:52 PG MYT
Aktif 3h 51min lalu
·🌐 Petaling Jaya

Risiko kenaikan kos akibat konflik di Asia Barat telah menjadi ancaman utama kepada sektor pengguna Malaysia meskipun permintaan domestik kekal kukuh dengan inflasi terkawal.

MBSB Research mengekalkan penarafan positif untuk sektor pengguna namun memberi amaran bahawa tekanan kos tenaga, logistik dan bahan mentah boleh menjejaskan margin industri tempatan.

Data menunjukkan jualan runcit di Malaysia meningkat sebanyak 7.5 peratus tahun ke tahun mencapai RM70.07 bilion pada Februari 2026, menunjukkan prospek permintaan pengguna yang masih berdaya tahan.