Manulife Holdings Berhad (Manulife Malaysia) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM112 juta pada tahun kewangan 2025 yang mencerminkan prestasi kukuh dan mampan dalam operasinya.
Syarikat merekodkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM159 juta yang didorong oleh pelaksanaan strategi berdisiplin dan prestasi kukuh merentasi perniagaan insurans serta pengurusan asetnya.
Pertumbuhan yang stabil ini menunjukkan tumpuan yang jelas oleh Manulife dalam memenuhi keperluan pelanggan sepanjang perjalanan kesihatan dan kewangan mereka.




