Prestasi perdagangan dan eksport Malaysia bagi empat bulan pertama 2025 terus menunjukkan momentum positif meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Matrade Abu Bakar Yusof.
Jumlah perdagangan negara untuk Januari hingga April 2025 berkembang sebanyak 15.53 peratus manakala eksport mencatat pertumbuhan 19 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Prestasi ini didorong oleh permintaan luar negara yang kukuh terhadap sektor elektronik, semikonduktor, peralatan optikal, saintifik dan gas asli cecair (LNG).




