Datin Seri Rosmah Mansor membuat laporan polis untuk membenarkan siasatan terhadap dakwaan bahawa beliau terlibat dalam pembelian atau pembiayaan hartanah mewah di New Jersey bernilai AS$13 juta.
Isteri bekas Perdana Menteri Najib Razak itu menafikan dakwaan yang mengaitkan penggunaan shell companies, struktur kewangan luar pesisir dan hubungan dengan individu tertentu sebagai rekaan berniat jahat dan tidak berasas.
Rosmah menegaskan beliau tidak pernah membiayai atau mengatur transaksi bagi pihak menantu lelaki atau mana-mana individu dalam pembelian hartanah berkenaan.



