Untung bersih Westports Holdings Bhd melonjak 47 peratus kepada RM326.5 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026 berbanding RM222.46 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya.
Peningkatan keuntungan bersih didorong oleh pendapatan kontena yang lebih kukuh dari operasi pelabuhan yang efisien.
Walau bagaimanapun, pengendali pelabuhan memberi amaran mengenai cabaran susulan krisis di Asia Barat yang mengganggu bekalan tenaga dan meningkatkan kos bahan api operasional.


