Penjual wanita telah menjana RM4.3 bilion nilai dagangan kasar di platform Shopee setakat tahun ini, meningkat ketara daripada RM2.8 bilion pada 2023, mencerminkan peranan aktif mereka dalam memacu perdagangan digital.
Shopee Malaysia melancarkan program 'Wanita Go Digital bersama Shopee' ke Pulau Pinang menerusi Jelajah Komuniti 2026 sebagai usaha memperkasa usahawan wanita.
Program tersebut menawarkan pembelajaran praktikal dan menyediakan laluan mudah bagi wanita untuk menyertai ekonomi digital Malaysia.

