Ketua Juri Anugerah Industri Muzik Ke-25, Ajai (Mohd Faizal Maas), mengharapkan Persatuan Industri Rakaman Malaysia mengembalikan syarat yang mewajibkan penyanyi menghasilkan album penuh atau sekurang-kurangnya album mini (EP) untuk layak bertanding dalam anugerah berprestij ini.
Menurut Ajai, penilaian berdasarkan sebuah single semata-mata tidak mampu menggambarkan kemampuan keseluruhan seorang penyanyi kerana ia hanya menunjukkan sebahagian kecil dari identiti muzik mereka.
Album yang mengandungi lima hingga sepuluh lagu memberikan peluang kepada juri untuk menilai konsep, hala tuju muzik, dan kekuatan karya secara lebih menyeluruh dan adil.

