Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
hiburan

ALCI perkenal model baharu ekonomi kreatif

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Berita Harian
28 Julai 2026, 06:36 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Shah Alam

Syarikat pembangunan industri kreatif yang berperanan sebagai inkubator industri, Asia Leaders in Cinematics Incubation (ALCI), melakar langkah baharu apabila memperkenalkan model ekonomi kreatif bersepadu yang menggabungkan sektor perfileman, teknologi digital, keusahawanan kreatif dan pembangunan bandar kreatif sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi di rantau Asia Tenggara.

Mengangkat tema From Movie to Wallet to City, inisiatif itu bukan sekadar memberi tumpuan kepada penghasilan karya perfileman, sebaliknya dirangka sebagai pelan pembangunan jangka panjang bagi membentuk ekosistem kreatif yang mampu menjana nilai ekonomi mampan kepada penggiat industri, pelabur, usahawan, komuniti dan sektor pelancongan.

Pengasas ALCI, Aaron Lim, berkata pendekatan itu selari dengan perubahan landskap industri kreatif global yang kini memerlukan kerjasama rentas sektor supaya hasil seni dapat diterjemahkan kepada impak ekonomi sebenar.