Konsep pengembaraan bijak dengan bajet RM70 hingga RM100 sehari menjadi fokus siri travelog terbaharu Hotlink: Geng Bijak Berbajet yang merupakan kerjasama antara TV3 dan Hotlink.
Siri enam episod ini dihoskan oleh Kamal Adli bersama tujuh selebriti termasuk Hael Husaini, Nabila Razali dan Siti Saleha yang dicabar mengembara ke enam negeri dengan bajet terhad.
Inisiatif ini membuktikan bahawa percutian menyeronokkan tidak memerlukan perbelanjaan besar dan dapat dilakukan dengan perancangan bijak.


