ASWARA akan menganjurkan Festival Teater Antarnusa 2026 (FTA2026) di Kampus ASWARA, Kuala Lumpur pada 16 hingga 19 Julai dengan tempoh empat hari berturut-turut melalui Fakulti Teater.
Festival ini dijangka mengumpulkan penggiat seni, tokoh teater dan anak seni daripada lima buah negara serantau untuk meraikan kepelbagaian seni persembahan teater.
FTA2026 akan menjadi platform dinamik yang memberi kesempatan kepada artis teater dari rantau Asia Tenggara untuk berkongsi pengalaman dan memperkaya landskap seni persembahan teater di Malaysia.


