Sheri Mitchell-Clutts, seorang wanita berusia 65 tahun dari Russellville, Alabama, didakwa membunuh suaminya Timothy Clutts berusia 69 tahun dengan menembaknya pada Ahad, 10 Mei, kerana lelaki itu dikatakan "mengganggunya" dengan kerap memeriksa keadaannya selepas menjalani pembedahan jantung terbuka.
Selepas kejadian berdarah tersebut, Sheri menghubungi talian kecemasan dan memberitahu operator bahawa dia merasa "terancam" dan "diganggu" oleh mangsa.
Anggota polis yang tiba menemui Timothy terbaring di atas kerusi malas dengan satu kesan tembakan di dada, mengikut laporan daripada New York Post.



