Hot FM telah mencipta sejarah sebagai stesen radio pertama di Malaysia melakukan siaran luar langsung dari Merdeka 118, bangunan tertinggi negara, melalui kempen istimewa bernama #BekpesHotTaklukMerdeka118.
Siaran yang dikendalikan oleh penyampai Bekpes Hot iaitu Khairy Jamaluddin, Fara Fauzana, AG, dan Johan berlangsung dari jam 7 hingga 10 pagi dengan prestasi gemilang.
Pencapaian luar biasa ini telah diiktiraf secara rasmi oleh Asia Records dan ASEAN Records dalam kategori Siaran Radio Lanjutan Berterusan Tertinggi dari Bangunan Tertinggi Kedua Dunia.



