Kumpulan rap KOI mengakui berdepan tekanan setelah lagu Tiwikarma disebut sebagai calon berpotensi untuk Anugerah Juara Lagu Ke-40 yang akan diadakan pada 15 Ogos.
Kumpulan yang terdiri daripada Tuan Nikky, Himo, Esihoi, Raf dan Mya Na Na enggan menetapkan sasaran terlalu tinggi dan lebih fokus memberikan persembahan terbaik.
Mereka menganggap dapat melangkah ke pentas akhir sudah merupakan satu kejayaan yang membawa makna besar bagi kumpulan tersebut.

