Pelakon baharu Imranul Effendy semakin dikenali selepas kejayaan lagu Jodoh Lebaran yang dibawakan oleh Aisha Retno yang mencetuskan fenomena dalam industri hiburan.
Populariti yang diraih membuka banyak peluang dalam industri seni dan memperkenalkan namanya kepada khalayak ramai.
Namun Imranul mengakui bahawa perjalanan menembusi arena lakonan penuh dengan liku dan cabaran yang memerlukan usaha, kesabaran dan sokongan dari orang sekeliling.


