Drama berjudul Dear Farris akan ditayangkan eksklusif di platform Tonton setiap Sabtu dan Ahad, yang mengisahkan dua jiwa yang dipertemukan bukan kerana pilihan mereka sendiri tetapi melalui aturan yang mengubah segalanya.
Drama ini diarahkan oleh Azhar Khalid dan dibintangi oleh Siti Hariesa, Noki K-Clique, Nabil Aqil, Ruhainies dan Noniswara serta merupakan adaptasi daripada novel Temptation karya Bella Irdina.
Drama ini mengangkat tema cinta dan kekeluargaan dengan memaparkan emosi mendalam dan luka yang menjadi punca konflik dalam cerita.



