Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
hiburan

Siti Nurhaliza 'jamu' peminat dengan konsert raya

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Berita Harian
14 April 2026, 11:30 PG MYT
Aktif 26min lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Datuk Seri Siti Nurhaliza menggelar konsert eksklusif berjudul Pentas Eksklusif Aidilfitri: Beraya Dengan Saya di Zepp Kuala Lumpur pada hari Jumaat lalu dalam memeriahkan sambutan Syawal.

Acara itu bukan sekadar konsert tetapi merupakan medan meraikan Aidilfitri bersama peminat setia dengan dendangan lagu raya yang menyatukan kenangan silam dan keceriaan sekarang.

Peminat Siti hadir dengan penuh warna, kebanyakannya mengenakan pakaian tradisional raya berwarna-warni selaras dengan konsep acara.