Penyanyi Rahim Maarof yang terkenal dengan lagu Cinta Kristal pada era 1980-an kembali beraksi di pentas selepas empat tahun berehat untuk mengatasi masalah kesihatan.
Persembahan pertama beliau selepas berehat lama ialah di acara BLANK Jom Santai X Syahmi Sazli di kawasan parkir Mydin Mall, Tunjung, Kota Bharu, Sabtu lalu yang dijayakan dengan baik.
Isteri Rahim, Aynn Sara, mengatakan minat suaminya terhadap dunia nyanyian tidak pernah luntur dan beliau telah membuat persiapan rapi sebelum kembali beraksi.

