Suara pelawak veteran Sathiya telah dipilih untuk watak Roti dalam filem animasi terbaharu KRU Studios bertajuk Zan Orang Utan.
Penerbit dan pengarah Datuk Norman Abdul Halim menyatakan bahawa Sathiya adalah calon tunggal yang terlintas dalam fikiran kerana kemampuannya membawa watak dengan dialek dan intonasi masyarakat India yang autentik.
Pengalaman Sathiya bekerja sama dengan KRU Studios dalam projek terdahulu termasuk filem Cicakman 3 memudahkan keputusan ini.


