Penyanyi Wani Kayrie menafikan dakwaan bahawa dia akan mengumumkan perkahwinannya semasa persembahan di Anugerah Juara Lagu Ke-40 bulan depan.
Wani yang berusia 26 tahun menjelaskan bahawa andaian itu mungkin timbul kerana lagu Cak Cak Cekuk yang dipertandingkan mengandungi elemen berkaitan perkahwinan.
Beliau menegaskan bahawa dia masih belum merancang untuk mendirikan rumah tangga dan tidak akan menjadikannya sebagai konsep persembahan.


