Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
kes

Langgar lari: SUV rempuh 3 pejalan kaki, 2 beradik maut, seorang cedera

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Berita Harian
16 Mei 2026, 11:59 PG MYT
Aktif 18h 56min lalu
·🌐 Shah Alam

Dua beradik perempuan berusia 57 dan 62 tahun telah meninggal dunia sementara seorang remaja berusia 17 tahun cedera selepas sebuah kenderaan utiliti sukan merempuh tiga pejalan kaki dalam kes yang dipercayai langgar lari di Jalan Pekan Baru, Bandar Baru Klang.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, kejadian berlaku kira-kira jam 7.40 malam apabila sebuah SUV berwarna perak dari arah Jalan Meru menuju Bandar Baru Klang hilang kawalan lalu merempuh ketiga-tiga pejalan kaki di bahu kiri jalan.

Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca sebenar kemalangan berkenaan dan mengesan pemandu kenderaan yang melarikan diri.