Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
terkini

Lelaki, wanita ditahan bantu siasatan kes buang bayi di Skudai

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Astro Awani
14 April 2026, 11:30 PG MYT
Aktif 26min lalu
·🌐 Johor Bahru

Polis Johor Bahru telah menahan seorang lelaki dan seorang wanita berumur 18 dan 19 tahun untuk membantu siasatan berkaitan penemuan bayi perempuan yang ditinggalkan di kawasan tempat letak kereta surau di Taman Universiti, Skudai, pada hari Sabtu.

Kedua-dua suspek yang merupakan warga tempatan telah ditahan pada pukul 2.15 pagi berdasarkan siasatan dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Johor Bahru Utara.

Pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek tidak memiliki rekod kesalahan lampau dan ujian air kencing yang dijalankan menunjukkan hasil negatif.