Seorang nelayan orang kurang upaya penglihatan bernama Mohamad Sukry Mobing, 40, maut dipercayai selepas dipukul dengan batang pokok bakau oleh dua lelaki warga asing di Felda Umas, Tawau.
Insiden berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika Mohamad Sukry sedang melakukan kerja pembaikan rumah seorang penduduk.
Didakwa kedua-dua lelaki itu telah menyerang mangsa kerana ditegur tentang keterlambatan menyelesaikan kerja pembaikan rumah tersebut.


